MA`MUN SULAIMAN

Maklumat Diri
Asal
Kampung Melati, Tawau
Tarikh lahir
13/9/1956
Pasangan
Warti Lakatu
Anak
Nazrin Epizal, Azizi Rahman, Hafizul Ikmal, Eizlan Huzzaini dan yang terakhir adalah Izzety Sharmaine. 

Menjadi muka baharu bertanding di kubu kuat Barisan Nasional (BN) bagi merebut kerusi Parlimen Kalabakan, Sabah tentunya berhadapan dengan saingan sengit.

Namun, Ma'mun Sulaiman yang bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah (Warisan) berjaya meruntuhkan kubu yang dikuasai BN lebih tiga penggal itu dengan memperoleh majoriti undi sebanyak 3,187.

Beliau menang dengan jumlah undi 18,486 dalam pertandingan empat penjuru menewaskan calon BN Abdul Ghapur Salleh yang mendapat 15,299.

Turut bertanding, Norbin Aloh yang mewakili Pas (2,813) dan Ahmad Lahama calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) (311).

Ma'mun mengikuti Pusat Latihan Perniagaan Sabah sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di Open Univeriti Malaysia (OUM) dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan. 

Belaiu juga merupakan bekas Pengurus Public Finance Tawau sebelum terjun ke arena politik.

Beliau juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Hak Asasi Manusia dan Ahli Kaukus Reformasi Urustadbir Parlimen. 

Ma'mun adalah saudara kepada bekas Ketua Wanita UMNO Kalabakan, Chaya Sulaiman.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Kalabakan
  • Pengurus Public Finance
  • Penolong Pegawai Public Finance Tawau

Lain-lain:

  • AJK Hak Asasi Manusia
  • Ahli Kaukus Reformasi Urustadbir Parlimen
     
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan OUM
  • Pusat Latihan Perniagaan Sabah
  • SMK Abaka, Tawau, Sabah
  • SMK Kuhara, Tawau, Sabah
  • SK Melati, Tawau, Sabah
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Warisan
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P191 Kalabakan
  • PRU15- P191 Kalabakan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan MA`MUN SULAIMAN

Video Berkaitan MA`MUN SULAIMAN